Thursday 31 March 2011

DiSebabKan aKu

Hari pun cerita lg stail lo..hahaha..td cm biasa pergi kelas lambat dlm 10 minit kut..10 minit ja..hahaha..pastu kerja design lukisan sudah siap dilaksanakan..yeyeyeye..betapa syok ya aku sampai tido kt umah sewa mmber pun blh mimpi..petang tu plak da la kelas cadcam..kami pun la tunggu lecture sampai aku blh perkena mmber aku..cerita cm nie, tghari td aku mnx la kad maxrix dye na wat cover page..mmber aku nie plak pmalu orng ya..so aku bg kt bdk pompuan klas aku kad matrix my mmber la..selamat la dye pun da niat yg busuk jgk..hahaha..tiba2 mangsa pun sudah dtng da, bdk pompuan tu bg tao aku so bermula lah klimaks pranks tu..hahaha..dye panggil  mmber aku, tp dye malu2 disbbkan desakan dr aku dgn kwn2, maka dye pun p jumpa bdk pompuan nie tp yg ta leh blah telinga merah beb cm lampu isyarat pekan jitra nu..hahaha..elok2 dye p, suma bdk kelas sorak..habis bngunan 7 tingkat polimas riuh rendah..hahaha..mmber aku pun dgn malu p blakang..hahaha..aku wat dunno ja..tp dlm aty, HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!bes2..bila plak aku nk kena..aaaaaa..abis la aku..tp papa pun thanks to my classmate DKM5A, ur all in my heart 4ever..yeah.....

Monday 28 March 2011

kEMURungaN

RASA sakit dan lesu seluruh badan biasanya disebabkan keletihan dan kerja keras, namun tidak ramai daripada kita yang mengaitkannya dengan masalah kemurungan.
Keadaan itu menyebabkan ramai mereka yang mengalami kemurungan tidak menyedari mereka mempunyai masalah tersebut kerana menyangkakan sakit badan yang dialami adalah sakit biasa.
Presiden Persekutuan Psikiatri dan Kesihatan Mental Asean (AFPMH), Profesor Dr. Mohamad Hussain Habil, berkata, sememangnya ramai yang tidak sedar bahawa kesakitan yang tidak dapat dijelaskan ini sebenarnya berkait rapat dengan kemurungan
Katanya, para penyelidik mendapati bahawa 82 peratus daripada pesakit murung yang datang mendapat rawatan daripada pengamal perubatan pada awalnya tidak mengetahui mereka mengalami gejala kemurungan.
Ini menyebabkan mereka tidak mendapat rawatan sewajarnya, sementara 18 peratus lagi hanya menerima ubat anti kemurungan.
Beliau yang juga Ketua Pakar Ketagihan dan Perunding Psikiatri di Jabatan Perubatan Psikologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), berkata, pemahaman mengenai hubung kait kesakitan dan kemurungan amat penting bagi memudahkan proses rawatan penyakit tersebut.
"Ini terutama bagi pesakit yang berada di tahap yang lebih kronik sehingga terdorong kepada perasaan ingin membunuh diri," katanya ketika menyampaikan ceramah di Bengkel Kesakitan dan Kemurungan, di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Bengkel tersebut ditaja oleh Eli Lilly (M) Sdn. Bhd., dengan kerjasama AFPMH dan Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA)
Dr. Mohammad Hussain berkata, kemurungan merupakan penyakit yang melanda kira-kira 121 juta manusia di seluruh dunia.
Malam menurut Laporan Kesihatan Sedunia 1999 yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kemurungan merupakan penyakit keempat paling ramai dihidapi di dunia yang boleh menimbulkan ketidakupayaan individu.
"Perlu untuk diberitahu kepada masyarakat juga bahawa kemurungan bukan penyakit yang sengaja diada-adakan.
"Ia adalah satu penyakit yang memerlukan rawatan dan banyak mempengaruhi kehidupan lebih-lebih lagi dalam negara yang mengalami krisis ekonomi," katanya.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Yen Teck Hoe berkata, terdapat beberapa simptom kemurungan yang boleh dikenalpasti secara mata kasar.
Ini termasuk hilang minat atau keinginan terhadap aktiviti yang lazim dilakukan seperti bersukan, riadah bersama keluarga, seks dan sebagainya.
"Pesakit juga mudah dilanda rasa sedih, cepat marah, hilang tumpuan dan lebih teruk lagi timbul rasa ingin bunuh diri.
"Kemurungan tidak mengenal mangsa, ia boleh terjadi kepada kanak-kanak semuda usia lima tahun dengan simptom yang berbeza," tambah beliau.
Dr. Teck Hoe berkata, mengikut kajian, kejadian kemurungan di kalangan wanita adalah lebih tinggi berbanding lelaki dengan nisbah 2:1.
"Antara sebabnya ialah perubahan peringkat hormon yang dialami wanita. Itu sebabnya, kemurungan berlaku ketika wanita mengalami peredaran haid, hamil selepas bersalin dan putus haid.
"Biasanya wanita akan menunjukkan tanda-tanda kemurungan seperti putus asa dan tidak berupaya manakala lelaki pula bersikap berang atau cepat marah," jelas beliau.
Dari segi saintifiknya, penyelidikan mendapati kemurungan disebabkan ketidakseimbangan dua bahan kimia dalam otak dan badan iaitu serotonin dan noradrenalin.
Serotonin ialah sejenis bahan kimia yang wujud dalam sistem saraf pusat dan perubahan paras serotonin dalam otak boleh mengubah mood seseorang.
Begitu pun, kajian turut mendapati bahawa kemurungan boleh diwarisi yang bermaksud ia mempunyai hubung kait dengan faktor genetik.
Sementara itu, perunding psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Nor Zuraida Zainal, dalam kertas kerjanya yang bertajuk Penyakit Kronik dan Hubung Kaitnya dengan Kemurungan dan Kesakitan pula menjelaskan, kemurungan di kalangan pesakit yang menghidapi penyakit kronik seperti barah, jantung, strok dan parkinson boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan mereka.
"Hubung kait kemurungan dan penyakit kronik amat tinggi. Kesakitan menyebabkan kemurungan dan kemurungan menyebabkan kesakitan.
"Penyakit kronik menyebabkan jiwa tertekan dan menjejaskan keadaan psikologi pesakit, seterusnya membawa kepada kemurungan.
"Kemurungan pula boleh memburukkan lagi keadaan kesakitan dan menjejaskan keadaan fizikal yang mengganggu keberkesanan rawatan penyakit tersebut," jelas beliau.
Sementara itu, pensyarah kanan Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Jesjeet Singh Gill berkata, cabaran sebenar dalam mengenal pasti kesakitan dan kemurungan ini ialah untuk mengatasi stigma yang berkait rapat dengan diagnosis dan rawatan penyakit tersebut.
"Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan kedua pada tahun 1996 menyatakan 10.7 peratus daripada orang dewasa Malaysia berusia 16 tahun ke atas menghadapi masalah kesihatan mental.
"Kemurungan menyumbang 11.8 peratus kepada masalah psikologi paling umum dihadapi oleh para responden. Walaupun peratusan itu tidak tinggi, ia telah menunjukkan tanda-tanda amaran.
"Didapati hanya sebilangan kecil pesakit yang berjumpa dengan pengamal perubatan am untuk mengatasi masalah kemurungan manakala hanya segelintir yang terus berjumpa dengan pakar psikiatri," jelas beliau.
Dr. Jesjeet menambah, masalah kemurungan ini boleh dirawat namun ramai pesakit yang enggan atau keberatan untuk berjumpa pengalam perubatan.
"Kami mendapati para pesakit enggan mendapatkan rawatan kerana mereka bimbang akan dipulaukan. Mereka juga takut dipandang rendah di tempat kerja dan mereka yang menghidapi masalah ini masih dianggap sebagai mempunyai masalah emosi atau kurang keazaman," ujar Dr. Jesjeet.
Pensyarah kanan Jabatan Perubatan Psikologi, Universiti Malaya, Dr. Ting Joe Hang menegaskan kemurungan bukan satu kelemahan peribadi tetapi penyakit yang menjejaskan otak dan memerlukan rawatan segera.
"Sekiranya pesakit mempunyai empat atau lima simptom tetapi tidak tahu apakah sebabnya berkemungkinan mereka menghidap kemurungan.
"Pesakit tidak harus berdiam diri, mereka perlu berjumpa dengan doktor dan utarakan kemungkinan menghidapi kemurungan supaya mereka boleh dirujuk kepada doktor pakar. Perkara yang tidak harus dilakukan oleh doktor ialah dengan menganggap kesakitan fizikal ini sebagai sakit biasa," ujar beliau.
Menerusi satu kajian kes yang dijalankan, beliau mendapati bahawa seorang suri rumah yang mengadu mengalami sakit gigi masih mengalami kesakitan tersebut walaupun giginya telah dicabut.
"Menerusi perbualan dengan pakar psikiatri, menemukan hasil bahawa wanita tersebut sebenarnya mengalami kemurungan sejak tiga tahun lalu iaitu sebelum dia mengalami kesakitan gigi.
"Wanita itu juga mengakui sukar tidur, hilang selera makan, tidak lagi gemar berkebun seperti dahulu dan mudah sensitif.
Setelah diagnosis dijalankan, rawatan melibatkan ubat, terapi dan sokongan sosial terbukti membantu wanita tersebut mengembalikan keceriaan hidupnya. Bukannya kesakitan gigi yang menyebabkan beliau sakit, tetapi apa yang dipendam menjadi punca kemurungan tersebut," kata beliau.


So....mengkome2 yg ada awek ke adik pompuan ke mahupun emak korang dan golongan2 hawa yg sewaktu dgnnya..kita jgn lah wat diorg mrh..kcian diorg..kita hepi kan lah diorg n wat diorg sentiasa senyum sb kalo diorg senyum, hidup kita mesti akan jd lg enjoy..hehehe





semoga senyum selalu smbil tonton video nie..hehehe

Sunday 27 March 2011

melepaskan marked tension

Hari nie cm teruk jgk..pagi td sampai umah dalam pukul 10.30 pg sb tgk konsert 6th sense dgn spider, aku pun panas kn air pastu mandi..perghhh..bes, segar gila..pergi lah aku ke kelas logi..sampai2 kelas maka terdengar lah soalan2  seperti nie kt aku(terasa ditemuramah dgn wartawan) "mcm mn am konsert semlm?","am,semlm ang p sorang2 ka?","am, ang ta letih ka?" dan sebagainya..aku pun mlempar senyuman tp dlam berapi beb..dh la aku sakit ati sebab mslh lain, diorg bising2 psl tu..dah la ta support..lgpun dh abis konsert tu..cm org tua2 ckp, barang yg dah lepas usah dikenang lagi..dah la kan..tut...tut..dah dosa td aku...

Hadiah Perpisahan Guru Besar

Ketika itu adalah akhir tahun persekolahan, dan seorang Guru Besar sedang menerima hadiah dari murid-muridnya. Salmi anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberinya hadiah. Guru Besar menggoyangkan kotak hadiah itu, memegangnya di atas kepala, dan berkata, "Aku yakin aku tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga..?"

"Itu benar" anak murid itu berkata, "tapi bagaimana Cikgu tahu?"

"Oh, hanya meneka," katanya.

Murid berikutnya adalah anak perempuan kepada seorang pemilik kedai manisan. Guru Besar memegang hadiah itu, menggoyangnya, dan berkata, "Aku yakin aku boleh meneka apa ini. Sebuah kotak gula-gula."

"Itu benar, tapi bagaimana Cikgu tahu?" tanya murid itu.

"Oh, hanya meneka," kata Guru Besarnya.

Hadiah berikutnya adalah dari anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya.

"Apakah anggur?" ia bertanya. "Tidak," jawab anak murid itu, dengan gembira.

Guru mengulanginya, mengambil cairan dari kotak yang bocor itu ke lidahnya.

"Apakah teh?" ia bertanya.

"Tidak," jawab anak murid itu, dengan lebih banyak tersenyum.

Guru merasai lagi sebelum menyatakan,

"Aku menyerah, apa ini?"

Anak murid itu menjawab, "Itu anak kucing!"


 

pERmulaan CinTaKu

....Semalam wktu konsert tu, aku dalam keadaan basah bkn pa sb semlm reunion ujan kedah dgn peneng..so senang citer kuyup lah aku..aku msuk dewan tu dgn mmbr2 aku, edy, faiz, tok wan, bob pastu ada la cikaro aku ta knal..sejuk beb..aku pun getaq..tiba2 aku tertgk sorng bidadari nie..cantik ye dye..aku brdiri kt bwh dgn edy..dye bdk mpp so duk kt atas tp aku blh tgk dye..cantik, comel, suma ada lah..dgn kain tudung koko, baju hitam pastu dgn mekap dia yg cantik..mata dia..bulu mata dye..mmng aku ta leh than ah..bila dye kelip mata, aku pun terkelip jgk..hahaha..aku cuba dekat dgn dye wktu konsert tu, wktu tu aku nmpk dye trun..tp da la kakak senior nie..tarik dye kt depan so musnah lah harapan aku..tp ta pa aku rilex ja..habis2 konsert tu, edy da ckp dgn dia..aku duduk sebelah dye..wangi bdn dye mmng aku ingat smpai bila2..cara dye ckp, paling2 aku suka..kalo dye cakap dalam 3 minit dye msti kedut hidung, cute nya...eeeeeeeeee...pastu dye gelak, aku rs mcm nk ja pause pastu play blik..hahaha..aku jd terleka kalo dye gelak..hahaha..kalo lah mlm tu aku ada peluang utk ckp dgn dye, aku nk ckp cm nie kt dye :




"Awak..kalo awak senyum kan awak nmpak cantik sgt..so awak kena always smile sb suma bnda yg muram blh jd happy blik''.
''Awak..kalo awak ketawa kan awak nmpak cute sgt..so awak kena always laugh sb suma bnda yg kelam kabut blh jd tenang".
"Awak..kalo awak kelip kan mata awak..saya rs da lagu datuk SM Salim dgn datuk Siti Nurhaliza ( pandang pandang jeling jeling, hahahahaha )..sy rs awak comel..serius awak..sy ta tipu..


Awak.....( aku pn terkhayal yg aku tgh wat show nyanyi lagu inilah cinta utk dye )
Terpegunku melihat kamu,
Bergetar hatiku memandangmu,
Dan terus datang mencuba,
Adakah khayalku menjadi nyata,
Oh resah, hati gelisah,
Ku takut tak diterima,
Rupanya kau juga sama,
Seperti aku merasa cinta,

Mungkin inikah yang dinamakan cinta,
Hati gembira rasa bila kau kata cinta,
Siang yang suram kini menjadi ceria,
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia,
Oh resah hati gelisah,
Ku takut tak diterima,
Rupanya kau juga sama,
Seperti aku yang merasakan cinta….

Sungguh susahnya aku mendekatimu,
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku,
Rasa bahagia bila kau menerimaku,
Indah semuanya hilang semua resahku,
Kita berdua kini menjalin cinta,
Inilah cinta kita akhirnya kini menjadi bahagia….
Inilah cintaku..
Inilah sayangku..
Inilah cinta..

                                      
Adakah aku akan dapat berkawan dgn dye???adakah aku akan dapat tawan aty dye???bolehkah org cm aku blh dpt cinta dr org yg btul2 cantik cm dye???                                                

sambungan pd (6/4/2011)